|
|
| Saturday, 22-Nov-2008 09:53 |
Email | Share | | Bookmark |
|
My Blog............http://halimwan.wordpress.com
|
|
ladies and gentlemen,
Please be informed, most of the time I will update some news or sharing in my blog ( http://halimwan.wordpress.com/ ). So, sorry if there is a slow update in fotopages.
Rgds,
kakikiri bukan kakikari
p/s... teringat harakiri Samurai-X dari BotaKiri.......
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 8-Nov-2008 00:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
U Know What I Did Last Puaser????
|
|
Dah lama tak update fotopages..... just to share few photos when I was in Manchester...hantar Afee pi masuk sekolah balik...
Afee tengah tunggu bas nak pergi sekolah
Ni bas afee selalu naik...
Afee kat tgh bandar 'Rooney'
Hehehehe.....jgn pepandai bawak anjing jer kat taman ni....
Ni laa...part of the building Uni Of Manchester
Petang2 Afee selalu kuliah kat sini....dgn org2 medic...
Haaa.... Bas # 111.....ni la tmpt afee selalu tunggu bas
Alaaaa....malu2 plak dier...hehehe
Haaa..ni plak afee dgn kawan afee masa orientation hr tu....kesian kawan afee dok sorang2 kat hostel dia...
Dapat jugak makan nasi bukhari kat bazar ramadhan org Malaysia
Tgh pilih2 nak beli apa....
Berkumpul nak balik ke rumah.....
Tunggu bas.....sempat lagi posing....
Lawatan sambil belajar ke MU stadium even I tak minat sgt pun MU....tapi dah datang...datang jerlah.... ader match hr ni nih...tapi lecehla nak masuk dalam....
Stadium MU tmpt Ronaldo ngan Rooney main bola...
Ehem ehem...
Lagi sekali...
Jalan masuk ke 'Old Trafford'
Ok...balik dulu Sir
Posing dulu....tanda dah mai sini....
Ok Bro and Sisters..... jumpa lagi lain masa.....
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 8-Nov-2008 00:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Gmbr2 Lama Yg Open Balik (in memory)
|
|
bunga ros paris
sungai paris
ros lagi....
paris lagi
tower yg tak famous dr jauh
ya hagg (egyptian accent sikit)
oooo syahdu..
terowong jln kaki dr mina ker baitullah
.....enjoice
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 9-Feb-2008 17:31 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Special Moment....... Nun Di Sana.....
|
|
'An Evening in Paris' was one of the Hindi box-office movie during my parents young time@ zaman muda-muda.... and last time, I was there in the place that was in the scene of that movie.....with my lovely wife..... just to share some of the photos taken during that short visit along with my company business course seminar.... My flight from Saudi and my wife's from Malaysia, we met together in Dubai airport and took the same flight to Paris CDG Airport.
Meeting Point - Dubai Airport
During this 1 week stay in La Defense, Paris, we stayed in Renaissance Hotel which is near Grand De Arche.....
the day we arrived.........sempat posing dulu depan land mark ni..
Okay, then.... enjoice the photos.....
Di La Defense
On The Way to Class Dinner
Dah malam dah biler turun dr Tower....
HQ bank ni dekat jer dengan hotel tempat nginap....hari isu ni masuk paper, ramai wartawan dan tv crew berkampung...
Tower yg famous
Romantik tak????
Kat dalam Metro pun sempat snap...
Malam-malam pun ramai orang lagi area ni...
jalan-jalan kota paris cari makan...halal food
arca muka orang...huhuhuhu...saper snap ni???
buat angle sikit......
kawasan halal food....orang algeria/morocco ramai...
as usual....
Nak makan nasi....
Jumpa jugak nasi...
Kat restoran egyptian
Jalan kaki ker musee da louvre
Ada restoran kat atas sana.... ader salji lagi....
Tgh tunggu metro...kat sini lah jumpa Major dan Kak Mala yg ajak pi rumah dorang makan nasi lemak..... bestnya nasi lemak kat paris.... Thanks Kak Major dan Kak Mala...nanti kita jumpa lagi...
Kat atas bridge.....bukan London Bridge ya....
Muzeum ni mmg besar...tak sempat nak explore...
Paris.....Dari atas Eiffel Tower
View Malam...
posing maut...
Kat tepi jalan pun nak posing...huhuhuhu
Tak cukup cahaya nak ambik the whole arch....and fountain
Hari last...jalan2 tempat ni...shopping complek penuh area ni...
Classmate....dan Fae....
Ehem ehem..... LV tu...
Okay Bro and Sis.... see u next time........
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 29-Dec-2007 15:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
The Route To Hajj 1428H
|
|
Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah tercinta, ahli keluarganya dan salam jua buat seluruh mukminin, mukminat, muslimin, muslimat sama ada yang masih hidup atau pun telah meninggal dunia. Setelah agak lama tidak membuat 'entry', terdetik sekejap untuk berkongsi pengalaman sewaktu musim haji 1428H / 2007M yang lepas. Tiga tahun di Saudi Arabia seolah-olah satu kerugian jika peluang untuk menunaikan haji tidak dicari dan diambil sepenuhnya. Alhamdulillah, pada tahun ini, aku telah berkesempatan untuk menunaikan rukun Islam yang ke-5 ini.
Di samping kesibukan jadual bekerja, kugagahkan jua azam ini dan tawakkal kepada Allah semoga panggilan-Nya itu dapat kupenuhi dan syukur sekali lagi, dalam masa yang agak sempit, hasrat itu terlaksana jua. Pemergian ke Mekah ini merupakan satu kenangan dan pengalaman yang amat bermakna lantaran ahli-ahli rombongan yang agak istimewa, bapak-bapak dan ibu-ibu pekerja dari Indonesia, jua perjalanannya yang jauh lebih panjang daripada penerbangan jemaah haji dari Malaysia - pengembaraan membelah gurun dari timur ke barat wilayah Saudi dengan 24jam perjalanan.
Kesejukan, kesibukan lebuhraya, 'check-points', ragam manusia, 'Highway R&R Saudi version' dan sebagainya mengenakkan lagi suasana perjalanan ke miqat Qarnul Manazil.
Niat ihram di miqat
Perjalanan menuju Baitullah dengan niat ihram dengan haji tamattu' disamping lontaran talbiah dan zikrullah menyebabkan hati menjadi sebak dan merasakan kekerdilan diri dibandingkan dengan kekuasaan Allah SWT. Kami singgah makan tengah hari di kawasan berdekatan Jabal Nur, solat Asar dan ke hotel penginapan di Aziziah (berdekatan Jam'iyyah Ummul Qura) untuk menurunkan bagasi. Setelah itu, kami meneruskan perjalanan ke Masjidilharam untuk melengkapkan umrah.
Setelah bertahallul, keesokan harinya, ada rombongan ke Mina untuk mabit di sana sebelum ke Arafah, namun diri ini ke Masjidilharam untuk melawat Paksu Li dan Maksu Nah yang telah datang dari Malaysia untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Setelah itu, aku ke rumah Pak Chu Daud dan Khola Nah. Aku kembali ke hotel dengan dihantar oleh Pak Cik Man dan Kholid - kesesakan lautan manusia untuk ke Arafah sudah pun bermula.
Bersama Paksu dan ahli rombongan dari Malaysia
9 Zulhijjah, perjalanan ke Arafah dengan menaiki bas usang dengan jemaah lelaki di atas bumbung merupakan satu pengalaman baru, tambahan pula untuk duduk dan memanjat tangga di belakang bas dengan berkain ihram - silap hari bulan boleh ternampak apa yang tidak sepatutnya ternampak.
Kat atas bumbung bas.......
Kami terpisah dari rombongan utama dan menyebabkan kami tersasar dari laluan yang sepatutnya dan menyebabkan pencarian jalan ke khemah di Arafah menjadi satu lagi cabaran di celah-celah lautan manusia. Namun, akhirnya kami berjaya jua ke khemah yang ditempah dan memenuhi masa di Arafah sebelum matahari terbenam dengan mengingati Allah Rabbul Jalil.....
Di Bawah Tenda di Arafah
Setelah matahari hampir terbenam, kami semua bersiap-siap untuk ke Muzdalifah. Namun kesesakan lalulintas memaksa bas menunggu berjam-jam. Aku dan 3 rakan yang lain mengambil keputusan untuk berjalan sendiri dan berpisah dari rombongan utama. Dari sinilah, pengembaraan dan kelazatan mengerjakan haji bermula..... Kami ke Masjid Namirah yang digunakan sekali setahun dan terus berjalan ke Muzdalifah bersama lautan manusia dari pelbagai pelusuk dunia. Kelihatan gerombongan lautan putih manusia berjalan di pelusuk jalan menuju ke Muzdalifah yang kira-kira 6km dari Arafah. Bayangkanlah nanti kita di Padang Mahsyar mencari-cari orang yang dapat menolong....... masing-masing dengan halatuju masing-masing. Tentulah lagi menyusahkan dari lautan manusia dengan satu halatuju.
Menunggu bas bergerak meninggalkan Arafah...
Sesampai di Muzdalifah kami solat Maghrib dan Isyak secara Jamak-Qasar dan bermalam di tepian pagar dengan berlantaikan tanah pasir, berbumbungkan langit dan berbungkuskan pakaian ihram sahaja. Sejuk, hanyir, busuk, debu dan sebagainya tak perlulah dihuraikan. Tambah menggugat kesabaran jika ada 'output' daripada 'input' yang sangatlah berhajat untuk ditunaikan..... dengan tandas yang perlu meredah lautan manusia dan panjang barisan 'haji' menunggu giliran yang bisa menggamit rasa. Namun, syukur, Allah SWT memudahkan semua urusan.
Selepas Subuh, bermulalah perjalanan berjalan kaki ke Mina untuk ke Jamrah Aqabah. Sesungguhnya, amat patut untuk diri yang masih muda, sihat dan gagah untuk tidak menunda panggilan Haji ke masa umur yang mendatang dengan cabaran yang terpaksa dilalui oleh jamaah..... Talbiah, selawat dan zikir mengiringi perjalanan ke Jamrah. Hari ini adalah hari Eidul Adha...... Selesai melontar, kami menaiki van untuk ke Mekah untuk Tawaf Haji dan Sa'ei. Sebelum itu, aku menggondolkan sepenuhnya kepala buat pertama kali dalam hidup selepas dicukurkan semasa masih bayi dan sempurnalah tahallul awwal. Kerana mengerjakan haji Tamattu' maka aku membayar dam untuk berkorban.
Hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah), aku berkhemah bersama-sama 4 rakan yang lain di tepian jalan, di balik terowong di atas bukit berhampiran kawasan 'Tenda Mina'. Di tiga hari ini, selepas Zohor, kami berjalan kaki ke Jamrah untuk melontar di ketiga-tiga Jamrah dan berjalan dari Mina ke Masjidilharam di Mekah untuk solat/tawaf sunat di sana.
Khemah kat belakang...... tapi dah bungkus....
Jamrah Bertingkat Yang Baru Siap
Selepas melontar pada hari terakhir, kami mengerjakan tawaf Wida (perpisahan), dan bergerak ke Madinah untuk ziarah.
Di Bukit Marwah selepas tawaf wida... bersama teman Si Anton
Kami ke Masjid Nabawi dan menziarahi Makam Nabi. Setelah itu, ke Medan Uhud dan ke Masjid Quba dan terus bertolak pulang ke Dammam. Panjang lebar tentang suka duka akan dikongsi pada masa mendatang jika berkesempatan. Terlalu banyak peristiwa dan pengalaman dari pemergianku ke Mekah kali ini......semoga kita semua beroleh berkat dan rahmat Ilahi sepanjang perjalanan hidup sebelum dan sesudah mati.
Masjid Nabawi
Di balik suatu sudut.....tambah effect sikit
Kawasan Antara Masjid Nabawi dan Kuburan Baqi'
Jabal Uhud
Orang jual tamar kat pasar Uhud
Tasbih pun ada....
Macam-macam ada....tasbih kayu zaitun ni bukan kayu koka...
Tazkirah di Kuburan
Ambik gambar sendirik plak....
Wassalam dan ilalliqaq...........................................................
coretan dari alfakir ilallah di bumi Hijjaz....
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 4-Oct-2007 19:24 |
Email | Share | | Bookmark |
|
gReAt Wall And ForBiDDen CiTy
|
|
On the last day, sempat jugak ke Tembok Besar China..... Takjub melihat salah satu benda ajaib dunia ini. Namun, pastinya pencipta alam ini lagi besar kuasa-Nya, semua usaha makhluk ini adalah dengan kudrat dan iradat dari-Nya. Maha suci Allah dari segala kelemahan, tiada tuhan selain Dia dan tiada sekutu bagi-Nya.
Kat depan kedai-kedai sebelum naik ke Tembok Besar China
Jauh mata memandang........
Lihatlah kebesaran tuhan....
Posing jap.... rilexla bro....kasi can
Trip awal pagi...so, takla crowded sangat lagi..senang nak ambik gambar...
Kat depan pintu besar kedua 'Forbidden City'
Kat luar....tersekat sebab ada persiapan sempena 'China National Day'.
Waktu berbukak dah masuk.... iftar dengan jagung made in china...
Gambar di'snap' dengan handphone..... kamera dah habis bateri...huhuhu....
Esokannya, di awal jam 6 pagi...flight terus ke Kuwait......huhuhu.....boss suruh pi kerja lagi....ingatkan boleh balik kampung tanam jagung..... see you P.R of China.....ada umur kita jumpa lagi....
|
|
|
|
|
|
| Friday, 28-Sep-2007 18:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MaxWell Course - Beijing, China 2007.
|
|
Sempena Olimpik China 2008, julung-julung kalinya berpeluang ke negara China. Menapak kaki dari Timur Tengah untuk satu kursus kerja. Peking...... ibu negara China. Namun kali ini cabarannya berbeza, Ramadhan dan adat masyarakat China yang makanannya tidaklah mesra Muslim. Namun, itu bukanlah alasan untuk tidak berkunjung ke China. Setiap perkara perlu dihalusi dan setiap saat kita mempelajari sesuatu yang baru. Semoga China terutama Beijing akan terus terbuka pintu hidayah dari-Nya. Ramadhan Kareem dari Beijing dan selamat mencari Lailatulqadar........
Taman Sains Tsinghua
BGC - Tempat Kursus
Di depan pintu utama 'Innovation Plaza'
Kisah Orang Panggang Itik - The Famous Peking Duck
Kat Depan Restoran Itik Peking
Di depan Dataran Taman Sains Tsinghua - Innovation Plaza As The Background
Makan Malam - Festival Bulan
The Five and Two - Trainees and Trainers
Google 'Made in China'
Kawasan Taman Sains ini dikelilingi oleh universiti-universiti dan pejabat-pejabat syarikat IT - 'Silicon Valley China'. Gambar seterusnya bakal menyusul.......
|
|
|
|
|
|
| Monday, 6-Aug-2007 13:05 |
Email | Share | | Bookmark |
|
........................
|
|
|
|
|
|
|
|
| Friday, 20-Jul-2007 20:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Madu-Shoot-da-Moon
|
|
Semoga 'Gi Jale'* Yang InsyaAllah ader Rahmat dan Berkat @ Ibadat
Satu Pantai Yg Bernama 'Beach'....Satu Pulau Digelar "Island'.....
Menjadi Bukti Satu Tanda....
Satu Peristiwa Bukan Epik Dongeng SitaDewi wa Ramayana...
Si Dia......
Dan kami empunya satira..... semoga dirahmati Allah selalu hendaknya.....ameeen...
* Gi Jale = bahasa Jerman Utara yg bermaksud Jalan-jalan / Visit bagi orang Klate...
|
|
|
|
|
|
| Friday, 20-Jul-2007 20:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
The Day To be Remembered...........
|
|
Finally, I am a husband to my lovely wife, Fae......... percaya atau tak percaya, memang kena percaya..... and here I put some of the photos of our wedding...... saper tak datang hari tu mmg rugila..... hehehehe....
Tanggal 02-Jun-2007 bersamaan 16-JamadilAwal-1428H
Tanggal 04-Jun-2007 bersamaan 18-JamadilAwal-1428H
|
|
|
|